Kelas MS Word, Kempen Advokasi & e-Learning

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word, Kempen Advokasi dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 16 Jun 2019. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan MS Word para peserta terutamanaya dalam menghasilkan jadual menggunakan MS Word. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta tentang panduan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah dan cara melupuskan peralatan elektronik yang rosak dan tidak digunakan lagi dengan betul dan berhemah. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dan menarik minat mereka terhadap pembelajaran secara atas talian atau e-Learning.

Antara topik yang mereka pelajari adalah:
• Pengenalan kepada ribbon membuat jadual
• Membuat jadual
• Latihan pendengaran (menaip perkataan yang disebut secara lisan oleh pengajar)
• Taklimat & tayangan video advokasi Check Your Label (CYL)
• Taklimat & tayangan video advokasi e-Sisa
• Kuiz Advokasi
• Kuiz pelbagai subjek pelajaran

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali